Pertandingan Reka Bentuk Logo Kempen Internet Selamat (Awareness)
5 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 Jun 2026, Staf NADI telah membuat hebahan berkenaan pertandingan reka bentuk logo yang bertemakan Kempen Internet Selamat mengikut kategori. Antara kategori yang dipertandingkan ialah peserta 12 tahun ke bawah, 13 sehingga 17 tahun dan 18 tahun ke atas. Pelbagai ganjaran menarik yang ditawarkan oleh pihak SSO dan peserta yang terlibat akan diberikan sijil penyertaan oleh staf NADI.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik komuniti untuk datang ke NADI sambil memberi info terkini tentang bahaya yang terjadi ketika menggunakan internet jika disalah gunakan.
Selain itu, pertandingan ini juga memberi peluang kepada komuniti Batas Lintang dalam menonjolkan bakat mereka dalam membuat poster, logo, resume dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi CANVA mengikut kreativiti tersendiri.
Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: